Tips yang AGAK berguna :)

Assalamualaikum seperti biasa :D
Hari ni aku bangun awal tauuu!
Ek eleh, itu pun kene gebang ke ?
Tak lah, sukahati akulah aku nak tuliss. :P
Berdasarkan tajuk tu, aku tak hade idea sebenaqnyee.
So search la apa yang nak dikongsikan :D hehe.

Ramai antara kita yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kuruskan badan untuk kelihatan langsing dan menawan. Keghairahan untuk tampil dengan bentuk menawan, anggun dan bergaya hampir menyebabkan kita gagal untuk mengawal perbelanjaan kita. Ramai juga yang akhirnya kecewa selepas berhabisan ribuan ringgit namun hasilnya tidak memuaskan hati.
Kekecewaan ini mungkin boleh diatasi sekiranya kita mengetahui tips atau petua untuk kuruskan badan. Ayuh kita cuba 8 tips mudah kuruskan badan ini. Moga ada manfaatnya hasil perkongsian artikel ini.


1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.


2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.

3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.

Dapatkan Panduan Kuruskan Badan 5kg dalam masa 5 minggu! 


4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.

5. Makan banyak buah
 – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epak, betik, belimbing dsb.


6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.


7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.


8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.
Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini.

Saya sarankan jika benar-benar ingin berjaya untuk kuruskan badan, bolehlah cuba untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang terbukti berjaya mengurangkan berat badan 5kg dalam 5 minggu.

Okayy ? Dapat kann ?
Sebenaqnya aku copy and paste.
Thanks firstly to Mr. Google.
Secondly thanks to Fieza Radzi for the useful tips :)
Haha, kekurangan harap dimaafkan lah ye.
Biasa lah copy and paste jee ^^Y

Nak tahu kenapa tiba tiba aku nak bagi bagi tips bagai ni ?
Bukan nak viewers yang ramai.
Tapi memang tu yang diharapkan.
Aku nak buat blog ni blog yang berguna untuk aku dan korang yang sudi bace :))
haha, okay merafuuuu memalam.

Lepas dah bagi tips aku nak citer la rutin harian aku hari ini.
HARIINI sahaja :)
Haha, kawan kawan aku yang gila buat satu grup nii.
Ada ke patut dia namekan group tu group "Kurng sioman" ?
Hahaha, terbaikkk doo.
Ni la ahli nya dan pembuat group nye --'


Hahaha, korang giloooo.
Sirieess korang gilaa :P
Haha, :) sikit je la ahlinya.
Pening aku kalau ramai sangat :P
Okay lah.
Bila aku bosan aku suka amik gambaar.
Aku tau korang korang pon suka amik gambar. Kan ??
Eleeehh :P
Haha, bercita cita nak jadi model suatu hari nanti.
Tapi aku tau angan angan tu akan berlalu macam tu jee.
Haha, bermadah pulaak.




Hah! Gambar last tu gambar t-shirt masa aku pergi camp.
Ohh, rinduu camp tuuu :))
Haha, okay.
Aku tau aku cantik, sebab tu aku upload gambar aku.
Jeless, ftf la :)
hehe.
Yang patung putih kecik tu aku beli masa lawatan kat Melaka dulu.
Ahaha, best.
Aku dah lupa apa nama tempat nye.
Kau tau berapa harga dia ?
RM49.90. Bafaaak mahal kann ?
Aku saja beli sebab nak buat kenangan (kononnya).
Hahaha.
Okaylahh, banyak pulak aku citar.
Okay okay. 
Assalamualaikum :))

Kadangkala kenangan boleh buat kita tertawa :3




[ 0 comments ]